Saturday 7 April 2012

.:: Hati-Hati dengan HATI ::.

Bismillahirrahmannirrahim, kalam pertama di mulakan sebelum tinta pena ini meneruskan untuk menulis:)




~ Lembutkan Hati Untuk Mendapat Rahmat Allah ~

Keras atau lembutnya sikap seseorang adalah bergantung kepada keadaan hatinya. Hati adalah 'mudghah' seperti mana yang disebut dalam sepotong hadis Nabi Muhammad Sollallahu alaihi Wassalam. Mudghah ini sememangnya amat mempengaruhi perbuatan baik & buruk seseorang. Seluruh kebaikan atau kejahatan yang sedang, akan & telah berlaku merupakan pantulan atau biasan daripada kedalaman hatinya.

~ Enjin ~

Hati diibaratkan seperti enjin yang ada di dalam sebuah kenderaan & ianya adalah komponen terpenting bagi sesebuah kenderaan ittu. Andainya enjin kereta berada dalam keadaan yang baik, maka keadaan kereta itu dikira amat baik. Sebaliknya, jika enjin bermasalah dan asyik semput, maka besarlah masalah kereta itu dan akan membabitkan tuan punya kereta sekali.
     
     Enjin kereta akan bermasalah dan mengalami kerosakan jika tuannya bersikap "bermalas-malas" untuk menjaga dan melakukan "servis" ke atas keretanya. Panduan atau "manual" yang diberikan tidak diendahkan. Jadual penukaran minyak hitam tidak diambil pusing. Kebocoran minyak hitam tidak dipedulikan. Air tidak diisi dengan secukupnya. Kita semua tentu dapat meneka dan mengagakkan apakah risiko yang bakal berlaku akibat kecuaian dan pengabaian itu.


~ Kewajipan Menjaga & Memelihara Hati ~

Demikianlah juga halnya hati, yang menjadi "enjin" atau lantera kehidupan manusia di dunia ini. Menjaga, memelihara dan mengawalnya adalah kewajipan yang dibebankan oleh ALLAH Subhanahu Taala ke atas pundak sekalian manusia. Pengabaian kepada kesejahteraan hati merupakan satu dosa dan pengkhianatan terhadap amanah Illahi. Membiarkan hati kotor, bermasalah dan berpenyakit akan mengakibatkan penderitaan, kehinaan & kerosakan di muka bumi ini seterusnya berpanjangan ke akhirat sana.

      Apabila hati berada dalam keadaan yang situasi dan kondusi yang negatif, maka hati itu akan menjadikan pemiliknya hidup dalam keadaan tidak tentu arah, hilang pedoman, hilang barakah, putus hidayah bahkan terus jauh dan hanyut daripada rahmat & kasih sayang ALLAH Subhanahu Taala.

~ Apa puncanya ~

Kenapa hati kita jadi sakit, kotor, kasar, keras dan buta atau terkunci?

     Tidak lain dan tidak bukan adalah disebabkan oleh dosa yang kita lakukan sama ada sedar ataupun tidak. Dosa-dosa itulah yang menjadi penghalang taqarrub kita kepada ALLAH Subhanahu Taala. Dosa-dosa itulah yang mengeraskan hati-hati  kita hingga payah untuk menerima ilmu, nasihat dan teguran. Dosa-dosa itulah yang menjauhkan kita dari jalan kebenaran.

      " Orang yang paling lembut hatinya ( hati yang tunduk dan patuh kepada Allah dan hati yang sejahtera ) ialah orang yang paling sedikit ( minimun ) dosanya"

p/s : Moh kita jauhi Ma'asi Qalbi :))








Monday 5 March 2012

~ Perbaharui Niat ~



<< Musim Untuk Menghantar Assigment Da Bermula >> 

Allahu Rabbi:) mujahadah melawan nafsu..
Rabbana Wala Tu 'Assir, permudahkanlah urusanku & sahabat-sahabatku:)

Perbaharui niat kite ye sahabat-sahabat sekalian, niat untuk membuat assigment (utuk mencari keredhaan Allah di samping dapat menambah ilmu), bukan sekadar untuk melepaskan batuk di tangga sahaja^^

Yuk, jom siapkan tugasan kite:D (khusyuk buat tugasan, jangan lupa tunaikan solat secara berjemaah ye^__^)






Sunday 4 March 2012

Manisnya Bila Berukhwah ^__^

~ Mode  : Muhasabah ~


Renung-renungkannya^__^

Adakah kita benar-benar mempunyai sahabat & menjalinkan ukhwah yang sebenarnya apabila bersama dengannya??? 

Friday 2 March 2012

<< Semuanya Bermula Dengan Cinta >>

Macam mane ye kite nak menzahirkan rasa cinta kita kepada Allah^__^

Senang je kalau betul-betul kite buat :

  • Segera menyahut ' CALL ' daripada Allah (apabila masuk je azan, terus bersiap-siap untuk solat- lagi baik jika dapat berjemaah^^)
  • Pastu, kena sentiasa membaca ' SURAT CINTA ' daripada Allah (amalkan membaca Al-Quran setiap hari- even sibuk pun, 1 muka surat pun jadilah daripada tak baca langsung kan)
  • Lagi, pandanglah ' MMS ' yang Allah kurniakan kepada kite semua (mentadabbur/ memerhati alam sambil memikirkan kekuasaan Allah untuk menambahkan kecintaan kite kepadaNYA)
  • Menjadi pemalu apabila ' BERDATING ' dengan Allah (maksud dating di sini adalah merujuk kepada waktu solat kite, 5x sehari & semalam serta solat-solat sunat yang lainnya- menjadi seorang y pemalu dgn menundukkan pandangan ketika solat & memberi tumpuan y sepenuhnya ketika menunaikan solat)
  • Kena ' RINDU & INGAT ' Allah (dengan sentiasa berzikir kepadanya bila-bila masa - time drive, jalan-jalan & apa-apa perbuatan y tidak sia-sia)
  • Banyakkan ' MENYEBUT NAMA ' Allah (biasakan diri untuk menyebut nama Allah & bukan dengan cara melatah - contohnya opocot, mak ngkau)
  • ' SABAR ' dalam menghadapi ujian (tidak mudah untuk mengeluh- terimanya dengan rasa redha)
  • Yang dicintai kena ' DIPATUHI ' (segala suruhan Allah, kena buat & segala laranganNYA kena tinggal)
  • 'LUAHKAN' perasaan saat kita  bersama Allah (merintih & mengadulah kepada Allah, bukannya kepada manusia kerana Allah jualah Pendengar yang Setia)
  • ' USAHA ' sedaya upaya (kena mujahadah/ lawan nafsu untuk mendapatkan cintaNYA)





:) peringatan untuk diri sendiri serta pembaca-pembaca sekalian..

p/s : Peringatan bersama daripada Mama:)





Wednesday 29 February 2012

Kelebihan berselawat




  • Sekali selawat Allah akan membalas 10 kali selawat kepadanya.
  • Doa yang disertakan dengan selawat akan diperkenankan atau dimakbulkan Allah.

  • Mendapat syafaat dari Nabi Muhammad SAW.
  • Allah dan para Malaikat membaca selawat kepada Nabi Muhammad SAW.
  • Orang yang beriman ialah orang yang berselawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW.
  • Orang yang berselawat akan mendapat tempat yang dekat dengan Nabi Muhammad SAW.
  • Allah akan melimpah kurnia kepada orang yang berselawat kepada Nabi Muhammad SAW.
  • Orang yang berselawat ialah orang yang mewariskan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW.
  • Orang berselawat dapat membersihkan hati, jiwa, roh dan diri yang kotor dengan dosa dan maksiat yang berselaput dalam dada.
  • Orang yang berselawat dicintai oleh Allah dan membuktikan ia cinta kepada Nabi Muhammad SAW.
  • Orang yang berselawat akan dijauhkan dari segala dukacita dunia dan akhirat.
  • Orang yang berselawat akan dimurahkan segala rezekinya yang tidak dijangka.
  • Orang yang berselawat akan mendapat keberkatan diri dan keluarganya daripada Allah.
  • Orang yang berselawat akan diingatkan mereka kembali daripada perkara yang mereka lupa.
  • Orang yang berselawat akan ditingkatkan timbangan amal kebajikan mereka.
  • Orang yang berselawat akan disayangi oleh orang-orang mukmin.
  • Orang yang berselawat akan didekatkan dirinya dengan telaga haudh (telaga Rasulullah) dan dapat meminum airnya.

Saturday 25 February 2012

SATU PERMULAAN...

Bismillahirrahmanirrahim..


  • Syukur Alhamdulillah, akhirnya blog ini dapat diwujudkan bertujuan berkongsi pengalamn hidup sepanjang kembara perjalanan sebagai seorang hamba Allah di muka bumi ini.
  • Semoga dengan terwujudnya blog ini, menjadi titik permulaan untuk meneruskan langkah sebagai daie Allah di alam siber.
  • Mohon tunjuk ajar dari semua ye, sebab saya budak baru belajar..^_^