Friday 2 March 2012

<< Semuanya Bermula Dengan Cinta >>

Macam mane ye kite nak menzahirkan rasa cinta kita kepada Allah^__^

Senang je kalau betul-betul kite buat :

  • Segera menyahut ' CALL ' daripada Allah (apabila masuk je azan, terus bersiap-siap untuk solat- lagi baik jika dapat berjemaah^^)
  • Pastu, kena sentiasa membaca ' SURAT CINTA ' daripada Allah (amalkan membaca Al-Quran setiap hari- even sibuk pun, 1 muka surat pun jadilah daripada tak baca langsung kan)
  • Lagi, pandanglah ' MMS ' yang Allah kurniakan kepada kite semua (mentadabbur/ memerhati alam sambil memikirkan kekuasaan Allah untuk menambahkan kecintaan kite kepadaNYA)
  • Menjadi pemalu apabila ' BERDATING ' dengan Allah (maksud dating di sini adalah merujuk kepada waktu solat kite, 5x sehari & semalam serta solat-solat sunat yang lainnya- menjadi seorang y pemalu dgn menundukkan pandangan ketika solat & memberi tumpuan y sepenuhnya ketika menunaikan solat)
  • Kena ' RINDU & INGAT ' Allah (dengan sentiasa berzikir kepadanya bila-bila masa - time drive, jalan-jalan & apa-apa perbuatan y tidak sia-sia)
  • Banyakkan ' MENYEBUT NAMA ' Allah (biasakan diri untuk menyebut nama Allah & bukan dengan cara melatah - contohnya opocot, mak ngkau)
  • ' SABAR ' dalam menghadapi ujian (tidak mudah untuk mengeluh- terimanya dengan rasa redha)
  • Yang dicintai kena ' DIPATUHI ' (segala suruhan Allah, kena buat & segala laranganNYA kena tinggal)
  • 'LUAHKAN' perasaan saat kita  bersama Allah (merintih & mengadulah kepada Allah, bukannya kepada manusia kerana Allah jualah Pendengar yang Setia)
  • ' USAHA ' sedaya upaya (kena mujahadah/ lawan nafsu untuk mendapatkan cintaNYA)





:) peringatan untuk diri sendiri serta pembaca-pembaca sekalian..

p/s : Peringatan bersama daripada Mama:)





No comments:

Post a Comment